Pertanyaan mengenai Produk

Kenapa saya mesti berbelanja di Bahagia2u?

 

Terdapat banyak kelebihan membeli belah melalui website Bahagia2u.com

  1. Anda dapat menjimatkan kos minyak, kos tol, kos parking dan sebagainya
  2. Kemudahan mendapatkan info produk dengan mudah melalui internet
  3. Tidak perlu terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan dapat menjimatkan masa
  4. Kemudahan membayar melalui bank-bank tempatan tanpa perlu membawa duit tunai

Saya kerja jadi boleh ke hantar ke pejabat?

 

Saya amat galakkan kepada mereka yang bekerja agar produk yang anda pesan dipos ke pejabat anda. Anda akan dapat produk tersebut ke tangan anda.

Takpe ke? Saya ni pemalu. Saya takut kawan pejabat/rumah tahu apa yang saya beli.

 

Usah risau. Kami telah menjalankan perniagaan intenet hampir 2 tahun. Setiap produk akan dibungkus kemas dan mustahil untuk kawan-kawan tahu apa yang anda beli kecualilah anda sendiri yang tunjukkan pada mereka. Pos Laju akan hantar bungkusan ke tangan anda. Jika anda tiada dirumah, mereka takkan sama sekali letak bungkusan dalam peti surat anda. Pos Laju akan meminta tandatangan anda selepas bungkusan diserahkan pada anda. Jadi anda tidak perlu risau. Pesanan anda pasti sampai. Jika hilang sekali pun, kami akan cari dan gantikan untuk anda.

Saya ada lagi pertanyaan yang belum terjawab, apa perlu saya buat?

 

Pertama sekali, anda boleh sms / telefon saya di hp no: 019-6049707
atau pun, anda boleh emailkan kepada saya di alamat: support@bahagia2u.com
Saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik, Insya Allah.